Kawan, Teman serta Sahabat

Posted by | Posted on 3:25 AM


Actually, i've written this article a long time ago but didn't have the courage to post it in a blog. 
Ape2 pon, silalah layan artikel yang x seberapa ni. ZASssSS!!!  ^_^


    Memang sifat manusia tidak boleh hidup tanpa pasangan. Manusia memerlukan teman, kawan mahupun sahabat sebagai peneman atau pelengkap hidup mereka. Kita tidak boleh lari dari berkawan atau menjadi kawan kepada seseorang itu. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain dari berkawan, maka manusia itu tidak memenuhi ciri-ciri seorang manusia yang normal. Ini adalah salah satu hikmah kenapa dan mengapa tuhan menjadikan manusia pelbagai ras atau bangsa, warna kulit dan bahasa.

    Pada pendapat aku, ramai orang memandang enteng dalam mencari erti persahabatan yang sebenar. Mereka hanya ingat persahabatan itu sudah cukup hanya dengan mengenali dan menjadikan seseorang itu tempat mereka berkongsi gelak ketawa atau masalah. Dari pengalaman hidup aku dapati konsep persahabatan ini boleh dibahagi kepada 3 iaitu kawan, teman serta sahabat. Jika ditanya kepada sesiapa, “Apakah perbezaan antara ketiga-tiga ini?” Pasti ada yang menjawab, sudah tentulah dari segi ejaannya sambil mereka gelak sinis kat kita pasal mereka telah berjaya membahan kita.

    Mengikut perspektif aku dan ini berdasarkan pengalaman aku TEMAN boleh dimaksudkan sebagai orang yang boleh menjadi tempat kita bersuka dan duka contohnya seperti teman sepermainan, teman sejiwa (kekasih nama lainnya), teman sekuliah dan lain-lain lagi. KAWAN pula ikatan kemesraannya lebih longgar berbanding teman tetapi sebelum mencapai tahap teman, kita perlu melalui tahap berkawan dahulu supaya kita dapat mengetahui latar belakang seseorang itu.

    Tahap tertinggi yang ingin dicapai dalam persahabatan ialah menjadi SAHABAT kepada seseorang itu. Aku menafsirkan sahabat sebagai orang yang memahami diri kita pada setiap situasi dan berperanan jauh lebih istimewa dari teman. Kita mungkin lebih rapat bersama sahabat berbanding dengan keluarga kita sendiri bahkan kita telah menganggap meraka ini sebagai ahli keluarga kita sendiri. Tidak dapat disangkal bahawa mencari sahabat ini lebih susah dari mencari kekasih hati. Seorang sahabat akan berkongsi susah senang bersama, tidak mengambil kesempatan atas kesenangan kita bahkan mereka sanggup membantu ketika kesusahan. Kenangan bersama sahabat memang sukar dilupakan dan aku tidak sanggup menggantikan kenanganku bersama sahabatku walaupun dengan wang ringgit. Sahabat seumpama bayang yang sentiasa menemani perjalanan hidup ini. Yang istimewanya mengenai sahabat ini ialah sahabat adalah hubungan dua hala bersama. Maksudnya jika kita menerima mereka sebagai sahabat maka meraka juga dapat menerima kita sebagai sahabat.

   Akhir kata, dapat disimpulkan bahawa Sahabat adalah teman paling akrab tetapi teman bukanlah sahabat kita. Mencari sahabat memang memerlukan masa tetapi ingatlah, apabila kita sudah menjumpai sahabat hendaklah kita hargai setiap saat dan detik bersama sahabat itu kerana meratapi pemergian seorang sahabat itu lebih memilukan dan menyeksakan. 

p/s: Ini hanya pendapat aku. Aku minta maaf kalo aku ada terambil ayat-ayat orang @ terguris perasaan orang lain. Segala yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk datang dari diri aku sendiri.

Comments (0)

Thanx for reading

Free Hit Counter