Leader or Manager. Mane ade!!!!!

Posted by | Posted on 1:42 AM

  Pada pendapat aku kat Malaysia ni dh xde ketua @ ahli politik yg mempunyai semangat sebagai seorang pemimpin/leader tetapi meraka hanyalah seorang Pengurus/manager yg mane tugas mereka hanyalah mentadbir negara ini. Tak kirelah kalo ahli politik tu datangnye dari pihak kerajaan mahupon pembangkang, semuanya same shj. Malaysia ketandusan pemimpin yang sanggup mengetepikan hal peribadi demi kebahagiaan negaranya seperti yg pernah dilakukan oleh Mahatma Gandhi


  Nak jadi pemimpin ni bukanye senang. Seorang pemimpin tu kene bersedia berkorban jiwa dan raga serta masa mereka utk kesenangan rakyat jelata. Seorang pemimpin tu tak boleh tunjukan dirinya lemah. Contoh aku nk kasi kat sini ialah Pak Lah. Masa Pak Lah kematian isteri beliau yg tercinta, aku rase pihak media x boleh tunjuk yg Pak Lah ni sedang bersedih. Nmpak sgt dia ni lemah org nye, tu la psl dia sroh menantu dia tlg manage Malaysia jap. hahaha. Kalo Pak Lah nk sedih2 pon, tunggu la masuk bilik pastu hang nanges la sesuke hati...org tak tau. Kekadang aku respect gak kat Datin Siti Hasmah Mohd Ali, bini Mahathir Mohamed, dia betol2 memahami bahawa suami dia ialah milik rakyat dan dia sanggup terima kenyataan bahawa dia akan jarang meluangkan masa bersama suami dia seperti pasangan suami isteri yg lain.


  Skang ni aku tgk semua ahli politik mesti ada hidden agenda masing2. Semuanye buat benda xde ikhlas utk kemajuan anak bangsa dan negara. Contohnye mcm Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yg mempunyai lambang seakan-akan mata dajjal...hahaha (sila tonton siri The Arrival di youtube dan anda akan paham) semata-mata utk memenuhi impian dia utk menjadi Perdana Menteri. hahaha, mcm haram. Sampai skang ade gak org yg sokong DSAI tu. Diorang x nmpak2 ke yg DSAI tu xde ape yg nk dia perjuangkan. Kalo nk kate semangat Melayu, idak le same sekali. Tu contoh pembangkang...kalo contoh kerajaan plak si Muhyiddin Yassin tu. Ade ke patut si Muhyiddin Yassin nk amik duit khairat kematian dan digunakan utk pembangunan. Itu duit utk org yg dh meninggal dunia, mane bleh sesuke hati je nk amek. Tau la skang kerajaan tgh xde duit, tp takkan la sampai duit org meninggal pn nk songlap. Apeee Laaa!!!


Kesimpulannye, skang mmg dh xde pemimpin yg betol2 ade kredibiliti sbg pemimpin. Paling last aku tgk pn mcm Tun Dr Mahathir. walopn dia kuat rembat projek, tp dia still tinggalkan skit portion utk org melayu. Tp skang ni plak, diorang pulun sampai licin...x tinggal langsung utk rayat biasa. Hampas betol. Haaa...lg satu, Hadi Awang pn dh ok dh aku tgk. Dia dh berpikiran rasional, tak mcm dulu asik ikut emosi je. Aku harap Hadi Awang bleh memantapkan PAS la. Biar la Nik Aziz tu lepak umah beribadat...kesian dia. hahaha. Ape2 pn ni pendapat aku, kalo korang x puas hati, "AKU PEDULI APEE" . hahaha

P/S: kata2 pujangga dari Mahatma Gandhi“Whenever you have truth it must be given with love, or the message and the messenger will be rejected”

Comments (2)

Thanx for reading

Free Hit Counter